Isnin, 21 Disember 2009

SELAMAT TAHUN BARU, AZAM BARU DAN SEMANGAT BARU, CITA-CITA HARUS DIKEJAR

SELAMAT bertemu kembali wahai anak didik ku yang dikasihi teristimewanya aspura dan aspuri. Menjelang sesi persekolahan, adakah semua mesti baru? pakaian baru? beg baru? kawan baru? buku baru? kasut baru? pen baru? pensil baru? pemadam baru??????

Ha jangan lupa, jika semua telah baru, fikiran juga mesti baru, azam juga mesti baru dan sikap juga mesti baru.

Tahun baru menyarankan kita berhijrah, berhijrah dari kesesatan kepada cahaya, berhijrah dari kejahilan kepada ilmu, berhijrah dari sifat malas kepada rajin.
Dari leka kepada sentiasa waspada
Dari lupa kepada ingat
Dari segala sifat mazmumah kepada mahmudah

Setahun berlalu dan usia bertambah, minda juga perlu bertambah.
Salam kasih sayang dari gurumu, juga ibumu.