Teks Ucapan  Pengerusi
Majlis
Pengumuman
Assalamualaikum
warohmatulllahi wabarokatuh dan salam satu Malaysia.
Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan
puan para tetamu jemputan ke majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan Sesi
2013.
Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, majlis akan bermula sebentar
saja lagi.
Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian diminta
mengambil tempat.  Majlis memohon
kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian , untuk tidak
mengaktifkan telefon bimbit , dan bersedia untuk berdiri menyanyikan lagu
Negaraku,  sebaik sahaja Yang Berhormat
Dato Mohammad Zahir bin Dato Haji Abdul Khalid mengambil tempat.
| 
   
Bil 
 | 
  
   
Cue 
 | 
  
   
Ann 
 | 
  
   
Catatan 
 | 
 
| 
   
1. 
 | 
  
   
Apabila YB tiba di  pintu utama dewan. 
 | 
  
   
Mengumumkan ketibaan YB Dato Mohammad Zahir bin Dato Haji Abdul
  Khalid, Pengerusi JK Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber manusia, Sains
  &Teknologi negeri Perak, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan
  Kamunting. 
Semua hadirin diminta berdiri. 
 | 
  
   
Apabila VIP bersedia 
 | 
 
| 
   
2 
 | 
  
   
Lagu Negaraku dimainkan. 
 | 
  
   
Selesai lagu dimainkan 
Semua hadirin dijemput duduk. 
 | 
  
   
Semua hadirin berdiri 
 | 
 
| 
   
3 
 | 
  
   
Ucapan aluan Pengerusi 
 | 
  
   
Assalamualaikum warohmatulla hi wabarokatuh dan salam satu Malaysia. 
1. Yang Berhormat, Dato Mohammad Zahir bin Dato Haji Abdul Khalid,
  Pengerusi JK Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber manusia, sains &
  teknologi negeri Perak, 
2. Yang berusaha Tn Haji Mohd Harithuddin b Satari, Pengetua SMK
  Kamunting,  
3. Yang dihormati En Anuar b Razali, Naib YDP PIBG SMK Kamunting,  
5.  Guru-guru kanan, guru-guru,
  tuan-tuan dan puan-puan  serta semua
  pelajar-pelajar  yang dihormati
  sekelian. 
 | 
  
   
Apabila semua hadirin kembali duduk 
 | 
 
| 
   
4 
 | 
  
   
Menyatakan kesyukuran 
 | 
  
   
Sirih berlipat,
  sirih  pinang, 
Sirih dari Pulau
  Mutiara, 
Pemanis kata selamat
  datang, 
Awal bismillah
  pembuka bicara 
Sayang melukut
  ditepi gantang, 
Himpunan tikar
  padian huma 
Tuan dijemput
  sudahlah datang 
Berbesar hati kami
  menerima 
Alhamdulillah
  bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kita
  sama-sama berkumpul di dalam dewan ini ,di dalam  satu 
  majlis iaitu MAJLIS 
  PENYERAHAN  BANTUAN  KHAS 
  AWAL PERSEKOLAHAN  SESI  2013. 
Majlis mengambil
  kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi –tinggi penghargaan dan terima
  kasih atas kehadiran Yang Berbahagia Dato bagi menyempurnakan majlis pada
  kali ini. 
 | 
  
   | 
 
| 
   
5 
 | 
  
   
Bacaan Doa 
 | 
  
   
Para hadirin yang
  dimuliakan, 
“Menadah tangan
  tanda kerendahan 
Lafaz Bismillah
  memperkukuh tautan 
Doa dipohon penuh
  pengharapan 
Agar majlis mendapat
  keberkatan” 
Untuk memberkati
  majlis pada petang ini, dengan sukacitanya dijemput Ustaz ……………………… untuk
  memimpin bacaan doa. 
Dipersilakan 
 | 
  
   
Ustaz 
Darani b Mat Daud 
 | 
 
| 
   | 
  
   
Selesai doa 
 | 
  
   
Majlis mengucapkan jutaan
  terima kasih atas bacaan doa itu tadi 
 | 
  
   | 
 
| 
   
6 
 | 
  
   
Bacaan Al-Quran 
 | 
  
   
Bagi memberkati lagi
  majlis ,dengan ini, di jemput saudara ……………….. dari tingkatan ………….untuk
  memperdengarkan bacaan  ayat-ayat suci
  Al-Quran. 
Dipersilakan 
 | 
  
   
Saudara  
Mohd Izhar b Abu Bakar 
 | 
 
| 
   | 
  
   
Selesai bacaan 
 | 
  
   
Majlis mengucapkan
  terima kasih,  
 | 
  
   | 
 
| 
   
7 
 | 
  
   
Ucapan Pengetua 
 | 
  
   
Hadirin yang
  dihormati, 
Majlis pada petang
  ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan olehTn Haji Mohd Harithuddin bin Satari
  , Pengetua, SMK Kamunting. 
Majlis dengan
  hormatnya mempesilakan 
Selesai ucapan Pengetua 
Pihak majlis
  mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua di atas ucapan yang
  disampaikan sebentar tadi. 
 | 
  
   | 
 
| 
   
8 
 | 
  
   
Ucapan YB 
 | 
  
   
Bagi meneruskan
  acara, majlis dengan hormatnya menjemput Yang Berhormat Dato
  Mohammad Zahir bin Dato Haji Abdul Khalid, Pengerusi JK Pelajaran, Pengajian Tinggi,
  ICT, Sumber manusia, sains & teknologi negeri Perak, merangkap Ahli Dewan
  Undangan Negeri Kawasan Kamunting untuk menyampaikan ucapan. 
Majlis mempersilakan YB Dato. 
Selesai ucapan  
Majlis merakamkan
  jutaan  terima kasih diatas ucapan Yang
  Berhormat sebentar tadi. 
 | 
  
   | 
 
| 
   
9 
 | 
  
   
Majlis penyampaian wang rm100 
 | 
  
   
Tibalah saat yang
  ditunggu-tunggu  iaitu   Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan Sesi
  2013, dengan ini , majlis  dengan
  sukacitanya menjemput Tn Pengetua untuk mengiringi YB Dato untuk menyampaikan
  wang bantuan tersebut,  
Majlis
  mempersilakan. 
 | 
  
   | 
 
| 
   
10 
 | 
  
   
Senarai nama murid 
 | 
  
   
Dipersilakan (nama
  murid tg 4sn 1 dan 2) hingga selesai. 
Memanggil nama murid mengikut kehadiran 
Majlis merakamkan
  jutaan terima kasih kepada YB Dato. 
Seterusnya majlis
  mempersilakan  Tn Pengetua menyampaikan
  cenderamata  tanda penghargaan  di atas kesudian Dato melengkapkan majlis
  kami. 
Majlis
  mempersilakan. 
Majlis merakamkan
  ucapan terima kasih 
 | 
  
   
Senarai nama 
Murid 4 sc1 
Murid 4 sn 2 
 | 
 
| 
   
11 
 | 
  
   
Penutup 
 | 
  
   
Hadirin dan hadirat
  sekalian 
Majlis pada petang
  ini telah sampai ke penghujungnya. 
Sempurnalah sudah , Penyerahan
  Bantuan Khas Awal Persekolahan sesi 2013. 
Kami merakamkan
  jutaan terima kasih. 
Merdu bertingkah
  alunan suara 
Kadang tak sedar
  tersilap kata 
Andai terlanjur
  patah bicara 
Serendah hati
  kemaafan dipinta 
Jutaan terima kasih
  diucapkan kepada semua hadirin yang telah sudi meluangkan masa untuk
  menjayakan majlis ini. 
 | 
  
   | 
 
| 
   
12 
 | 
  
   | 
  
   
Majlis
  mengumumkan  YB Dato
  Mohammad Zahir bin Dato Haji Abdul Khalid, Pengerusi JK Pelajaran, Pengajian
  Tinggi, ICT, Sumber manusia, sains & teknologi negeri Perak,   
  meninggalkan majlis 
Sekian, saya akhiri
  majlis dengan lafaz suci,  Wabillahi
  taufik wal hidayah, assalamualaikum warahmatullahiwarokatuh. 
Majlis bersurai. 
 | 
  
   
YB bergerak meninggalkan majlis 
 | 
 
| 
   
Teks disediakan oleh 
Noriah Ahamad 
 | 
  
   
Pengacara Majlis 
1.  Cik Wan Farihah 
2.  Cik Wan Iliani  
 | 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan