Rabu, 20 Mac 2013



Lampiran 2
KEM JEJAK SAINS TINGKATAN 4
SMK KAMUNTING
TENTATIF PROGRAM
18 APRIL 2013 (Khamis)

MASA
AKTIVITI
TINDAKAN
2.00 ptg
Pelajar berkumpul di dewan terbuka / pendaftaran dalam kumpulan

Pn  Noriah Ahamad
2.10 ptg
Taklimat program jejak sains
Memilih nama kumpulan

Pn  Noriah Ahamad
2.15 ptg
Mengedar soalan 1

Pn  Noriah Ahamad
2.20 ptg
Wisel menjejak  dibunyikan dan peserta menjejak persekitaran untuk mencari bahan sains yang diperlukan.


Peserta program
2.40 ptg
Peserta berkumpul dengan bahan yang diperolehi

Peserta program
2.45 ptg
Minum petang

AJK minuman
2.50 ptg
Mengedar soalan 2

Pn  Noriah Ahamad
2.50-3.30 ptg
Menurunkan jawapan di atas kertas manila

Peserta program
3.30 ptg
Mengedar soalan 3

Pn  Noriah Ahamad
3.50 ptg
Mengumpulkan semua jawapan peserta


4.00 ptg
Bersurai




http://www.smkkamunting.net/portal/images/logo.gif


SMK KAMUNTING
KG EXPO
34600 KAMUNTING
Tel: 05-8913723                                                                                         

         
                                                     

 



________________________________________________________________________­­­­_______________
KEM JEJAK SAINS
BIODATA PESERTA
A  MAKLUMAT PELAJAR
1.  Nama Penuh seperti pada kad pengenalan: …………………………………………………………………………………………...
2.  Tingkatan: ………………………         3.  Jantina:  L  /  P        4.  Bangsa: …………………….
5.  No K/P: ……………………………………………                             6.   Agama: …………………………….. 
7.  Alamat tempat tinggal: ……………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………… ………………………… Tel:…………………………………………..
8.  Alamat surat menyurat:……………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

B  MAKLUMAT IBU/BAPA
1.  Nama penuh bapa:………………………………………………………………..….           2.  Pekerjaan: ………………………………
3.  Nama penuh ibu:……………………………………………………………………….           4.  Pekerjaan:………………………………
5.  Pendapatan bapa sebulan :  ………………………………………..             6.  Pendapatan ibu sebulan : …………………..


C  MAKLUMAT PENJAGA (Isikan bahagian ini jika murid tidak tinggal dengan ibu/bapa)
1.  Nama penuh penjaga:………………………………………………………………..….           2.  Pekerjaan: ………………………………
3.  Status penjaga:       Berkahwin/ ibu tunggal/bapa tunggal       4.  Hubungan dengan murid:………………………………
5.  Pendapatan penjaga sebulan :  …………………………             6.  Pendapatan isteri penjaga  sebulan : …………………..
7.  Alamat penjaga: ………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………….     Tel: ……………………………

D  WARIS TERDEKAT YANG BOLEH DIHUBUNGI JIKA KECEMASAN
1.  Nama:……………………………………………………………………………..       2.  Pertalian : ……………………………………
3.  No Tel : …………………………….              4.  Alamat :……………………………………………………………………………………………..…

(Borang yang lengkap hendaklah dikembalikan kepada  Pn Noriah Ahamad sebelum atau pada  8 April 2013)
SMK KAMUNTING, 34600 KAMUNTING PERAK

KEM JEJAK SAINS TINGKATAN 4

1.0
PENGENALAN
Kelompok yang paling berharga pada sesebuah masyarakat ialah generasi pelajar.  Suatu yang lumrah apabila kelompok ini menjadi satu keutamaan kepada sesebuah sekolah untuk membentuk  dan melahirkan  generasi pelajar yang berilmu, beriman, berakhlak serta berketrampilan untuk  membentuk diri,  keluarga dan masyarakat sebagai mana yang dituntut oleh Al-Quran dan As-Sunnah.  Harapan dan impian ini sebenarnya hanya boleh dicapai melalui pendekatan yang seimbang, bersepadu dan menyeluruh serta berterusan.  Jesteru, pembentukan generasi pelajar ini sewajarnya diberikan perhatian yang sebaiknya oleh pihak yang inginkan cita-cita tersebut.


2.0
RASIONAL
Pendedahan yang lebih tersusun dan terancang dalam pelbagai kemahiran sangat perlu kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4 dalam mempersiapkan diri menghadapi masa depan yang lebih mencabar.


3.0
MATLAMAT
Melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan, berdaya saing dan cinta kepada alam sekitar.


4.0
OBJEKTIF
4.1      Peserta dapat menyakini tugas sebagai seorang pelajar yang cemerlang.
4.2      Peserta dapat menjalankan tugas dengan ikhlas
4.3   Peserta dapat menjalinkan kerjasama serta membina kemesraan sesama mereka.
4.4      Peserta dapat menambahkan sifat keterbukaan dan bertolak ansur dalam kerja harian.


5.0
SASARAN
2 orang  pelajar dari setiap tingkatan 4 yang bukan aliran sains iaitu seramai 16 orang.


6.0
TARIKH, HARI & TEMPAT PROGRAM
Tarikh                  :  18 April 2013
Hari                      :  Khamis
Masa                    :  2.00-4.00 ptg
Tempat Program  :  Dewan terbuka SMK Kamunting (Dewan lama).


7.0
JAWATANKUASA PELAKSANA
Rujuk Lampiran 1

8.0
TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran 2

9.0
PENDAPATAN DAN ANGGARAN PERBELANJAAN

PENDAPATAN
RM
PERBELANJAAN
RM
Sumbangan  Panitia Sains

56.00

Minuman  peserta
(RM1.00 x 16 orang)
Kertas manila (8 x 0.40)
Magic colour pen (16 batang)
Hadiah

16.00
3.20
6.80
30.00
JUMLAH
56.00
JUMLAH
56.00

10.0

PENUTUP
Melalui program ini, adalah sangat diharapkan agar semua pelajar yang terlibat mampu untuk mengubah sikap dan memperolehi kesedaran tentang kepentingan ilmu dan dapat meningkatkan motivasi untuk berjaya.



Disediakan oleh

…………………………..
(NORIAH AHAMAD)

Diluluskan oleh

…………………………….
KETUA PANITIA SAINS

Rabu, 9 Januari 2013

1 Jan 2013






3 tahun 7 bulan akan bertugas di sekolah ini, Sekolah yang ceria dan berwibawa seperti KE yang tetap terpahat di sanubari buat selamanya.

Ahad, 12 Februari 2012


Setiap tahun berganti, bertukarlah suasana begini. Murid ku silih berganti, datang mu di rai dan pergi mu didoa, semoga semua berjaya dalam kehidupan. Ingatlah sejauh mana kamu melangkah, ia bermula dari langkah pertama. Jika hari ini kamu berlari, ingatlah pernah dulu kamu merangkak. Pengalaman amat bernilai. Setiap detik adalah kiraan yang akan ada noktahnya. Semoga berjaya.

Salam dari umi.

FALSAFAH PENDIDIKAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan untuk mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat menyumbang terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
Falsafah Pendidikan Guru
"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin."

PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

1)Guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran, khasnya mata pelajaran KBSR, serta pengetahuan ikhtisas keguruan

2) Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru, khasnya mengembangkan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

3) Meyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri dan pelajar selaras dengan tuntuana Falsafah Pendidikan Guru

4) Menyempurnakan tanggungjawab dan akautabiliti sebagai insan guru yang sentiasa mencari ilmu serta mengamlkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan.

5) Menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta nilai keguruan merangsang perkembangan pelaj

IKPLIKASI PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun 1988 telah dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti faktor agama, sosial, politik, ekonomi, individu, dan faktor sejagat. Faktor-faktor ini telah menjadikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai matlamat-matlamat yang tersendiri untuk dicapai. Justeru itu, segala aktiviti, perancangan, dan pencapaian hendaklah selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan sememangnya telah memberi beberapa implikasi terhadap sistem pendidikan di negara kita seperti implikasi terhadap kurikulum sekolah yang merangkumi beberapa aspek seperti perubahan sukatan subjek pelajaran yang berteraskan kepada program bersepadu seperti Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
Selain itu, kurikulum sekolah juga dilihat telah mengalami perubahan dari segi bahan-bahan pengajaran yang lebih menitikberatkan nilai-nilai murni yang diserapkan kedalam semua subjek bagi mencapai matlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Perubahan kurikulum sekolah juga dapat dilihat dalam sistem pendidikan negara kita yang mula berorientasikan ke arah pendidikan umum dan perubahan sukatan pelajaran yang sesuai bagi mengasah kemahiran pelajar dalam bidang teknologi, teknik dan vokasional.
Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang seterusnya ialah terhadap pendidik iaitu perubahan peribadi pendidik selari pandangan dan visi positif dalam menjalankan tugas atau profession bagi mencapai tujuan dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, perubahan positif ini telah mengubah P & P pendidik seterusnya melahirkan pendidik yang inovatif, berpengetahuan luas, berakhlak mulia, dan berketrampilan.
Seterusnya ialah implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan terhadap institusi pendidikan di negara kita. Dalam institusi pendidikan sekarang, dapat kita lihat perubahan seperti perubahan kemudahan-kemudahan supaya para pelajar mendapat peluang bagi mengembangkan lagi potensi yang ada dalam diri mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani secara seimbang.
Selain itu, akitiviti budaya sekolah juga mengalami perubahan untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa para pelajar. Perubahan iklim sekolah yang kondusif juga telah melahirkan para pelajar yang menghargai ilmu dan melahirkan budaya-budaya positif seperti budaya membaca di kalangan mereka.
Sebagai rumusannya, semua pihak memainkan peranan yang penting dalam menyusun atur strategi bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan supaya memberi impak positif dalam perkembangan sistem pendidikan di negara kita ini.

Selasa, 11 Oktober 2011