Rabu, 20 Mac 2013

SMK KAMUNTING, 34600 KAMUNTING PERAK

KEM JEJAK SAINS TINGKATAN 4

1.0
PENGENALAN
Kelompok yang paling berharga pada sesebuah masyarakat ialah generasi pelajar.  Suatu yang lumrah apabila kelompok ini menjadi satu keutamaan kepada sesebuah sekolah untuk membentuk  dan melahirkan  generasi pelajar yang berilmu, beriman, berakhlak serta berketrampilan untuk  membentuk diri,  keluarga dan masyarakat sebagai mana yang dituntut oleh Al-Quran dan As-Sunnah.  Harapan dan impian ini sebenarnya hanya boleh dicapai melalui pendekatan yang seimbang, bersepadu dan menyeluruh serta berterusan.  Jesteru, pembentukan generasi pelajar ini sewajarnya diberikan perhatian yang sebaiknya oleh pihak yang inginkan cita-cita tersebut.


2.0
RASIONAL
Pendedahan yang lebih tersusun dan terancang dalam pelbagai kemahiran sangat perlu kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4 dalam mempersiapkan diri menghadapi masa depan yang lebih mencabar.


3.0
MATLAMAT
Melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan, berdaya saing dan cinta kepada alam sekitar.


4.0
OBJEKTIF
4.1      Peserta dapat menyakini tugas sebagai seorang pelajar yang cemerlang.
4.2      Peserta dapat menjalankan tugas dengan ikhlas
4.3   Peserta dapat menjalinkan kerjasama serta membina kemesraan sesama mereka.
4.4      Peserta dapat menambahkan sifat keterbukaan dan bertolak ansur dalam kerja harian.


5.0
SASARAN
2 orang  pelajar dari setiap tingkatan 4 yang bukan aliran sains iaitu seramai 16 orang.


6.0
TARIKH, HARI & TEMPAT PROGRAM
Tarikh                  :  18 April 2013
Hari                      :  Khamis
Masa                    :  2.00-4.00 ptg
Tempat Program  :  Dewan terbuka SMK Kamunting (Dewan lama).


7.0
JAWATANKUASA PELAKSANA
Rujuk Lampiran 1

8.0
TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran 2

9.0
PENDAPATAN DAN ANGGARAN PERBELANJAAN

PENDAPATAN
RM
PERBELANJAAN
RM
Sumbangan  Panitia Sains

56.00

Minuman  peserta
(RM1.00 x 16 orang)
Kertas manila (8 x 0.40)
Magic colour pen (16 batang)
Hadiah

16.00
3.20
6.80
30.00
JUMLAH
56.00
JUMLAH
56.00

10.0

PENUTUP
Melalui program ini, adalah sangat diharapkan agar semua pelajar yang terlibat mampu untuk mengubah sikap dan memperolehi kesedaran tentang kepentingan ilmu dan dapat meningkatkan motivasi untuk berjaya.



Disediakan oleh

…………………………..
(NORIAH AHAMAD)

Diluluskan oleh

…………………………….
KETUA PANITIA SAINS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan