Rabu, 20 Mac 2013



Teks Ucapan  Pengerusi Majlis
Pengumuman
Assalamualaikum warohmatulllahi wabarokatuh dan salam satu Malaysia.
Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan puan para tetamu jemputan ke majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan Sesi 2013.
Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, majlis akan bermula sebentar saja lagi.
Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian diminta mengambil tempat.  Majlis memohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian , untuk tidak mengaktifkan telefon bimbit , dan bersedia untuk berdiri menyanyikan lagu Negaraku,  sebaik sahaja Yang Berhormat Dato Mohammad Zahir bin Dato Haji Abdul Khalid mengambil tempat.

Bil
Cue
Ann
Catatan
1.
Apabila YB tiba di  pintu utama dewan.
Mengumumkan ketibaan YB Dato Mohammad Zahir bin Dato Haji Abdul Khalid, Pengerusi JK Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber manusia, Sains &Teknologi negeri Perak, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kamunting.

Semua hadirin diminta berdiri.
Apabila VIP bersedia
2
Lagu Negaraku dimainkan.
Selesai lagu dimainkan
Semua hadirin dijemput duduk.
Semua hadirin berdiri
3
Ucapan aluan Pengerusi
Assalamualaikum warohmatulla hi wabarokatuh dan salam satu Malaysia.
1. Yang Berhormat, Dato Mohammad Zahir bin Dato Haji Abdul Khalid, Pengerusi JK Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber manusia, sains & teknologi negeri Perak,
2. Yang berusaha Tn Haji Mohd Harithuddin b Satari, Pengetua SMK Kamunting,
3. Yang dihormati En Anuar b Razali, Naib YDP PIBG SMK Kamunting,
4.Penolong-penolong kanan,
5.  Guru-guru kanan, guru-guru, tuan-tuan dan puan-puan  serta semua pelajar-pelajar  yang dihormati sekelian.

Apabila semua hadirin kembali duduk
4
Menyatakan kesyukuran
Sirih berlipat, sirih  pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara

Sayang melukut ditepi gantang,
Himpunan tikar padian huma
Tuan dijemput sudahlah datang
Berbesar hati kami menerima

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kita sama-sama berkumpul di dalam dewan ini ,di dalam  satu  majlis iaitu MAJLIS  PENYERAHAN  BANTUAN  KHAS  AWAL PERSEKOLAHAN  SESI  2013.

Majlis mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi –tinggi penghargaan dan terima kasih atas kehadiran Yang Berbahagia Dato bagi menyempurnakan majlis pada kali ini.


5
Bacaan Doa
Para hadirin yang dimuliakan,
“Menadah tangan tanda kerendahan
Lafaz Bismillah memperkukuh tautan
Doa dipohon penuh pengharapan
Agar majlis mendapat keberkatan”

Untuk memberkati majlis pada petang ini, dengan sukacitanya dijemput Ustaz ……………………… untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan

Ustaz
Darani b Mat Daud

Selesai doa
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas bacaan doa itu tadi


6
Bacaan Al-Quran
Bagi memberkati lagi majlis ,dengan ini, di jemput saudara ……………….. dari tingkatan ………….untuk memperdengarkan bacaan  ayat-ayat suci Al-Quran.
Dipersilakan
Saudara
Mohd Izhar b Abu Bakar

Selesai bacaan
Majlis mengucapkan terima kasih,


7
Ucapan Pengetua
Hadirin yang dihormati,
Majlis pada petang ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan olehTn Haji Mohd Harithuddin bin Satari , Pengetua, SMK Kamunting.

Majlis dengan hormatnya mempesilakan

Selesai ucapan Pengetua
Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua di atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

8
Ucapan YB
Bagi meneruskan acara, majlis dengan hormatnya menjemput Yang Berhormat Dato Mohammad Zahir bin Dato Haji Abdul Khalid, Pengerusi JK Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber manusia, sains & teknologi negeri Perak, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kamunting untuk menyampaikan ucapan.

Majlis mempersilakan YB Dato.
Selesai ucapan
Majlis merakamkan jutaan  terima kasih diatas ucapan Yang Berhormat sebentar tadi.



9
Majlis penyampaian wang rm100
Tibalah saat yang ditunggu-tunggu  iaitu   Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan Sesi 2013, dengan ini , majlis  dengan sukacitanya menjemput Tn Pengetua untuk mengiringi YB Dato untuk menyampaikan wang bantuan tersebut,
Majlis mempersilakan.

10
Senarai nama murid
Dipersilakan (nama murid tg 4sn 1 dan 2) hingga selesai.
Memanggil nama murid mengikut kehadiran

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada YB Dato.

Seterusnya majlis mempersilakan  Tn Pengetua menyampaikan cenderamata  tanda penghargaan  di atas kesudian Dato melengkapkan majlis kami.
Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih

Senarai nama
Murid 4 sc1

Murid 4 sn 2
11
Penutup
Hadirin dan hadirat sekalian
Majlis pada petang ini telah sampai ke penghujungnya.
Sempurnalah sudah , Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan sesi 2013.
Kami merakamkan jutaan terima kasih.

Merdu bertingkah alunan suara
Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan dipinta

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin yang telah sudi meluangkan masa untuk menjayakan majlis ini.



12

Majlis mengumumkan  YB Dato Mohammad Zahir bin Dato Haji Abdul Khalid, Pengerusi JK Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber manusia, sains & teknologi negeri Perak,    meninggalkan majlis

Sekian, saya akhiri majlis dengan lafaz suci,  Wabillahi taufik wal hidayah, assalamualaikum warahmatullahiwarokatuh.

Majlis bersurai.
YB bergerak meninggalkan majlis

Teks disediakan oleh
Noriah Ahamad

Pengacara Majlis
1.  Cik Wan Farihah
2.  Cik Wan Iliani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan